Mengikut jejak persaraan Datuk Lee Chong Wei dan Datuk Nicol David, jaguh renang terbuka, Heidi Gan, juga membuat keputusan untuk bersara supaya lebih fokus kepada kariernya sebagai peguam.
Keputusan persaraan atlet berusia 31 tahun itu pasti satu kejutan buat Kesatuan Renang Amatur Malaysia (ASUM) selepas Jawatankuasa Penganjuran Sukan SEA Filipina (PHISOC) menggugurkan acara lelaki dan hanya mempertandingkan saingan wanita.
Bagaimanapun, Heidi yakin atlet renang remaja mempunyai potensi tinggi untuk menyerlah dalam acara renang terbuka jika mereka mengatasi perasaan takut mereka terhadap sukan tersebut.
"Malaysia mempunyai ramai perenang berpotensi tetapi saya bimbang mereka tidak berminat dengan acara renang terbuka.
"Tetapi saya dan Kevin Yeap Soon Choy telah membuktikan bahawa ia tidaklah begitu menakutkan dan ia merupakan satu sukan yang selamat," katanya.
Walaupun Heidi kini fokus kepada kariernya sebagai peguam, dia tetap terbuka jika diberi peluang oleh ASUM untuk menjadi jurulatih bagi skuad renang remaja pada masa depan.
Dua tahun lalu, Kevin Yeap dan Heidi menyumbang pingat emas dalam acara renang terbuka 10km kategori lelaki serta wanita dalam Sukan SEA 2017 di Kuala Lumpur.
"Saya gemar dan sering memberi tunjuk ajar kepada atlet di Malaysia dan Australia.
"Saya amat berminat untuk terbabit dalam pentadbiran renang terbuka dan mungkin menggalas peranan pengurus pada masa akan datang," katanya.