Kurang 24 jam sebelum tibanya bulan suci Ramadan, umat Islam di seluruh dunia bakal menjalani ibadah puasa dari terbit fajar hingga terbenam matahari.
Seiring dengan itu, Pengurus Program Fit Malaysia-X, Saiful Fadhli Fazil, menekankan kepentingan bersahur yang sering dipandang remeh terutama dalam memastikan individu kekal terhidrat dalam keadaan cuaca panas di Malaysia.
"Kesilapan utama dalam kalangan atlet adalah tidak bangun sahur.
"Ini penting kerana sahur membekalkan tenaga dan mengekalkan hidrasi tubuh.
"Jika atlet terlepas sahur, tahap tenaga dan air dalam badan tidak mencukupi, menyebabkan mereka mudah lesu, letih dan sukar untuk beraksi dengan baik,” katanya kepada wartawan Astro Arena, Husna Zainuddin.
Saiful turut membidas mitos yang semakin tular di media sosial, yang mendakwa bahawa pengambilan air mencukupi tidak membantu tubuh kekal terhidrat, sebaliknya garam Celtic dikatakan sebagai kunci utama hidrasi.
"Sebenarnya, pemakanan kita sudah cukup untuk mengekalkan hidrasi.
"Masakan Malaysia sememangnya kaya dengan sodium, yang sudah membantu mengekalkan keseimbangan elektrolit dalam badan.
"Kita hanya perlu memastikan pengambilan air yang mencukupi, dan makanan seperti kurma juga mengandungi sodium semula jadi yang membantu hidrasi," kata Saiful Fadhli