Jaguh baling tukul besi, Jackie Wong, memburu rekod kebangsaan buat kali ke-15 dalam Kejohanan Olahraga Terbuka Taiwan, hujung minggu ini, dengan persoalan mengenai status wakil wanita negara.
Jackie masih segar dengan kejayaan memperbaharui rekod kebangsaan, 67.01 meter, dalam Kejohanan Olahraga Trek dan Padang Asia (ATF) di Doha, Qatar, bulan lalu.
Ia kali ke-14 atlet kelahiran Sarawak tersebut memecahkan rekod kebangsaan dan berpeluang melebarkan rekod itu di Taiwan.
Apa yang menarik, Jacky tidak pernah menjuarai kejohanan itu dengan penampilan terakhir pada 2017 menyaksikan dia merangkul perak.
"Saya berasakan berkemampuan untuk melakukan catatan baru tetapi saya tidak fokus mengenai catatan, saya cuma mahu fokus kepada aspek perbaiki teknik balingan," katanya.
Berdasarkan prestasi ketika ini, Jackie dijangka tiada masalah untuk mempertahankan emas dalam Sukan SEA Filipina dari 30 November hingga 11 Disember depan.
Cuma kebimbangan tercetus dalam saingan wanita apabila Grace Wong belum menyertai sebarang kejohanan antarabangsa tahun ini.
Pemegang rekod Sukan SEA itu kini berlatih di Sarawak dan secara tidak langsung meningkatkan bebanan yang perlu digalas oleh atlet muda itu.
"Kalau kami berlatih dengan bersungguh-sungguh dan mematuhi segala arahan jurulatih dengan melakukannya dalam jangka masa yang panjang, Insya-Allah kami boleh melakukannya.
"Dalam masa terdekat ini, kami perlu berlatih lebih kuat lagi untuk bersaing memandangkan prestasi atlet rantau ini semakin meningkat," ujar seorang lagi atlet baling tukul besi wanita negara, Nurul Hidayah Lukman.