SUKAN LAIN
Isu skuad ping pong selesai
Isu skuad ping pong selesai apabila Jawatankuasa Pemilihan Atlet Sukan SEA memutuskan pemain senior, Ho Ying dan Karen Lyne, terpilih beraksi dalam acara beregu wanita tetapi perlu mengikut syarat Persatuan Ping Pong Malaysia (TTAM).
Ho Ying dan Karen perlu meminta maaf kepada TTAM selain menyertai semula latihan skuad kebangsaan.
Itu syarat ditetapkan badan induk itu selepas setuju dengan keputusan jawatankuasa yang dipengerusikan Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria.
Iklan
Malah, mereka perlu mengikut arahan jurulatih, Mu Tong, yang dipilih menggantikan Beh Lee Wei.
"Sejak mereka bersetuju mengikut sesi latihan dan dibimbing oleh jurulatih baru, mereka akan kembali bersaing dalam Sukan SEA bagi acara beregu," kata naib presiden TTAM, Dr Chin Kuen Liang.
Ini bermakna pemain lelaki, Leong Chee Feng, digugurkan sementara tiga pemain muda yang dicalonkan TTAM tidak terpilih.
Perkembangan itu dilihat menyelesaikan kesemua masalah skuad pingpong negara menjelang Sukan SEA 2019 Manila bulan depan.
"Jika masih terdapat perkara yang mahu dikemukakan, pihak MOM sedia untuk berbincang dan setakat ini segalanya sudah diselesaikan," kata Norza.
Must-Watch Video