Bekas tekong skuad sepak takraw negara, Mohd Syahir Rosdi, menjelaskan dia dan Zulkifli Abdul Razak sudah berhasrat untuk menarik diri daripada skuad negara daripada menyertai Sukan SEA Filipina, November depan.
Namun, belum sempat hasrat itu disuarakan kepada Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM), mereka telah menerima surat pengguguran daripada badan induk itu.
Menurutnya, dia dan Zulkifli mahu menarik diri ekoran masalah peribadi masing-masing.
Bagaimanapun, pemain kelahiran Pulau Pinang itu enggan mendedahkan masalah peribadi yang dihadapinya.
"Semangat untuk nak main Malaysia itu memang ada, namun disebabkan masalah peribadi, kami mengambil keputusan untuk menarik diri daripada Sukan SEA.
"Tak sempat kami nak buat surat untuk tarik diri, tiba-tiba surat pengguguran dah keluar.
"Jadi, saya tidak tahu apa yang akan jadi selepas ini," katanya.
Berdasarkan surat pengguguran yang dikeluarkan PSM, Syahir dan Zulkifli akan digantung daripada menyertai sebarang aktiviti berkaitan sepak takraw berkuatkuasa semalam.
Kedua-dua pemain itu dikehendaki menjawab surat tunjuk sebab daripada Jawatankuasa Tatatertib PSM dalam tempoh 14 hari.
""Kami tiada sebarang perancangan. Dalam surat pengguguran itu ada cakap hanya untuk sementara, jadi kami hanya menunggu selama 14 hari ini.
"Kami akan membuat surat tunjuk sebab tentang mengapa kami tarik diri," tambahnya.