Institut Sukan Negara (ISN) tetap mengambil langkah berjaga-jaga meskipun persekitaran ISN dan Majlis Sukan Negara (MSN) masih bebas daripada virus influenza setakat ini.
Ketua Pegawai Eksekutif ISN, Ahmad Faedzal Md Ramli, berkata antara langkah yang diambil bagi mengawal penularan virus itu dalam kalangan atlet adalah dengan menjalankan ujian saringan sekiranya mereka disyaki dijangkiti influenza.
“Ujian saringan ini dijalankan hanya sekiranya atlet hadir ke klinik dengan simptom seperti demam panas, batuk, selesema, sakit sendi dan sukar bernafas.
“Ujian saringan akan dijalankan bagi mengesahkan jangkitan Infuenza B. Oleh itu, bilangan yang disaring akan bergantung kepada bilangan atlet yang hadir dengan simptom berkenaan.
“Buat masa ini, bilangannya adalah kecil dan setakat ini juga di ISN dan MSN bebas dari virus influenza,” katanya.
Isnin lalu, kem bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) diserang virus influenza hingga menyebabkan sekurang-kurangnya 17 pemain menerima rawatan selepas didapati positif simptom terbabit.
Pengarah Teknikal JDT, Alistair Edwards, menerusi kenyataan media di laman Facebook Johor Southern Tigers memaklumkan beberapa kakitangan dan jurulatih turut didapati positif virus berkenaan.
Ia melibatkan 10 pemain skuad senior JDT, empat pemain JDT II dan tiga lagi adalah pemain JDT III.
Dalam pada itu, Ahmad Faedzal berkata pihak ISN menyedari potensi peningkatan jangkitan Influenza B itu sejak beberapa tahun kebelakangan ini berdasarkan laporan semasa daripada Kementerian Kesihatan Malaysia dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
Katanya, selain ujian saringan, ISN sentiasa memantau pola jangkitan influenza melalui Klinik ISN dan mengambil tindakan sewajarnya jika terdapat petunjuk wabak berkenaan.
Tambahnya, selain memberi rawatan sewajarnya di Klinik ISN, pihaknya juga membekalkan topeng muka, sanitizer tangan, ubat-ubatan dan nasihat kuarantin kepada atlet bagi mengurangkan risiko penularan.
“ISN juga menyediakan progam vaksinasi influenza tahunan kepada atlet dan petugas ISN, terutama semasa sukan temasya dan pertandingan di luar negara sejak 2017,” katanya.
-- BERNAMA