Ketua Pegawai Eksekutif Institut Sukan Negara (ISN), Ahmad Faedzal Md Ramli, terpaksa angkat bendera putih dalam membantu jaguh karate-do, Syakilla Salni Jefri Krishnan, menurunkan berat badan dalam pemburuan tiket kumite kategori 55kg Sukan Olimpik Tokyo 2020 atas faktor sikap.
ISN gagal membantu Syakilla menurunkan berat badan hingga 55kg kerana bekas atlet ranking pertama dunia itu tidak serius.
Berat badan bekas pemenang pingat emas Sukan Asia 2014 itu terus meningkat hingga 67.95kg selepas dua bulan mengikuti program khas ISN untuk menyelesaikan isu berat badannya.
"Syakilla perlu membuat laporan dalam setiap pengambilan pemakanan yang telah ditetapkan. Jika dia mengikut program yang telah ditetapkan, dia mampu menurunkan berat badan. Sikap sambil lewa ini harus diketepikan jika mahu terus mewakili negara," kata Faedzal.
Apa yang lebih mengecewakan berdasarkan rekod kedatangan, Syakilla kerap tidak hadir menyertai program khas itu.
Masalah berat badan menyaksikan Syakilla gagal menyertai sebarang kejohanan yang menawarkan mata kelayakan Sukan Olimpik sejak awal tahun ini.
Malah, rankingnya jatuh kepada ke-83 dunia.
Atas faktor itu, ISN mencadangkan Syakilla beralih ke kategori lain.
"Kami memerlukan pelan B kerana peluang untuk Syakilla beraksi dalam kategori 55kg adalah mustahil. Dia masih mampu layak ke Sukan Olimpik dengan menyertai saingan kelayakan dalam kategori yang berbeza."