Enam puluh slot kelayakan ke Kejohanan Dunia Ironman di Taupo, New Zealand menjadi rebutan dalam Kejohanan Ironman Desaru Coast yang bakal berlangsung dari 17 hingga 19 April 2020.
Ironman 70.3 Desaru Coast merupakan tambahan terbaru kepada kalendar perlumbaan Ironman Asia 70.3 bagi tahun depan dengan harapan dapat memperkembangkan sukan lasak di Asia.
Penganjuran sulung Desaru Coast tersebut menampilkan perlumbaan Triathlon Ironman 70.3 selaku acara utama dan tiga acara sampingan, iaitu Triathlon 5150 serta Ironkids dan sprint.
"Apa yang kami cuba lakukan adalah menganjurkan acara yang unik. Kami mahu menganjurkan saingan yang boleh disertai oleh lapisan usia dengan jarak litar yang berbeza," kata Pengarah Pengurusan Ironman Asia, Geof Meyer.
Atlet triathlon negara, Aldrian Yeo, yang menyertai Ironman 2018 berharap mampu membuat kejutan dan layak menyertai Kejohanan Dunia yang berlangsung 28 hingga 29 November 2020.
"Saya menjalani latihan secara konsisten. Secara peribadi, saya mahu menamatkan saingan dalam kedudukan podium, sekaligus memastikan saya layak ke Kejohanan Dunia di New Zealand nanti," katanya.
Ironman Desaru Coast akan bermula dengan disiplin renang sejauh 1.9 kilomber sebelum merentasi dua pusingan laluan berbasikal 90 km dan diikuti larian 21.1km menuju ke garis penamat di The Westin Desaru Coast Resort.