Jaguh lempar cakera negara, Muhammad Irfan Shamsuddin, kecewa apabila tidak dibenarkan meneruskan program latihan di Republik Czech meskipun sudah memaklumkan dia dibelenggu kecederaan sebelum menyertai Kejohanan Trek dan Padang Asia (ATF) di Doha, Qatar, bulan lalu.
Program latihan di Republik Czech itu menjadi tanda tanya selepas Irfan sekadar melakukan catatan 55.18 meter, sekali gus gagal ke final Kejohanan Asia.
Majlis Sukan Negara (MSN) dan Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) berpendapat pemenang pingat emas Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 itu gagal memberikan pulangan setimpal selepas dihantar berlatih di Eropah.
"Saya akan ke Eropah sebab saya sudah membuat pendaftaran dan setakat ini, saya sah bakal menyertai tiga kejohanan di sana.
"Pencapaian tiga kali berturut-turut memecahkan rekod kebangsaan, dua tahun lalu. adalah ketika saya mengikuti pertandingan di Eropah," kata Irfan.
Apa jua keputusan MSN dan KOM, atlet kelahiran Negeri Sembilan itu menegaskan bahawa dia akan tetap ke Republik Czech hujung bulan ini dengan menggunakan wang sendiri.
"Sebelum ini, apa yang mereka buat, mengapa mereka akan bertindak sebegini?
"Ini adalah hak saya sama ada mahu pergi atau tidak (menjalani latihan dan bertanding di luar negara).
"Apa yang mereka tahu tentang lempar cakera dan olahraga?
"Kalau mereka nak sekat atau tidak, saya akan tetap menyertai kejohanan di Eropah kerana sudah mengesahkan penyertaan," katanya.