Skip to main content

Sukan Lain

Irfan pecah tiga rekod kebangsaan dalam seminggu

zainal-abbas.jpg
"Memecahkan tiga rekod kebangsaan dalam tempoh kurang seminggu sesuatu yang menakjubkan," demikian komen ketua jurulatih olahraga negara, Zainal Abbas, terhadap atlet lempar cakera, Muhammad Irfan Shamsuddin, yang melakukan lontaran sejauh 62.55 meter bagi meraih pingat perak dalam satu kejohanan di Austria.

Irfan kini menghuni ranking kelima terbaik Asia.

Catatan 62.55m hanya sedikit ketinggalan berbanding atlet tuan rumah, Lucas Weisshaidinger, yang melepasi jarak 65.35m.

Prestasi ini petanda baik untuk Irfan mempertahankan emas Sukan SEA, Ogos depan di Kuala Lumpur. Namun, lebih penting dia memiliki potensi untuk layak ke Kejohanan Dunia di London, England.

"Jurulatih Petrovic sering menghubungi saya bagi menghantar rancangan latihan supaya kami dapat memantau prestasi Irfan sehinggalah ke Sukan SEA," katanya.

Ditanya sama ada Irfan berpeluang mencapai sasaran 65m, ini jawapan Zainal: "Kita harap begitulah. Musim lepas, dia melepasi sasaran 60m dan awal pagi tadi, dia telah mencapai 62m. Tetapi untuk mencari tambahan tiga meter itu agak sukar tetapi kami harap dia mampu melakukannya."
 

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video