Skip to main content

Futsal

Insiden tumbuk ketika Piala Futsal Malaysia: FAM sahkan hukuman bakal dibuat

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

futsal.jpg
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengesahkan pihaknya sedang meneliti laporan berkenaan insiden yang berlaku selepas tamat perlawanan tempat ketiga Piala Futsam Malaysia di antara Johor Darul Ta'zim (JDT) dan Sabah. 

Sehingga kini, belum ada kenyataan rasmi berhubung punca sebenar kepada pergaduhan yang tercetus itu.

Terdahulu, jurulatih Sabah, Roger Filipe, dilihat bertindak agresif, namun cuba ditenangkan salah seorang pegawai pasukan, tetapi bertindak menyiku pegawai berkenaan.

Akibatnya, pegawai berkenaan menumbuk Roger sehingga terbaring di atas gelanggang.

Menurut laporan akhbar tempatan, badan induk itu sedia mengambil tindakan dengan hukuman berat bakal dikenakan. 

Kita sedang meneliti insiden pergaduhan itu dan menunggu laporan daripada pegawai perlawanan serta pengadil. Semua maklumat tersebut akan dikumpul dan diserahkan kepada Jawatankuasa Tatatertib untuk tindakan selanjutnya.

“Sekiranya didapati bersalah, jurulatih terbabit boleh dikenakan hukuman gantung dan denda,” katanya menurut Berita Harian.
Supplement

Jaga Fokus & Emosi

Minyak ikan Omega-3 sokong kesihatan minda dan emosi, sesuai untuk gaya hidup sibuk.


Cuba Hari Ini

Advertisement

Must Watch Video