Skip to main content

Paralimpik

Insentif buat atlet Paralimpik sudah dilunaskan – Presiden MPM

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

screenshot-2025-04-30-202521.png
Presiden Majlis Paralimpik Malaysia (MPM), Datuk Megat D. Shahriman Zaharudin, menegaskan bahawa semua insentif yang dijanjikan kepada pemenang pingat Sukan Paralimpik Paris 2024 yang lalu telah pun diselesaikan sepenuhnya.
 

Menurutnya, isu berkenaan tidak lagi wajar dibangkitkan kerana segala bayaran telah dibuat seperti dijanjikan.
 
“Alhamdulillah semua sudah dapat, kecuali satu sahaja syarikat iaitu Syarikat Bernhard Grimm iaitu syarikat yang berpangkalan di German dan masih lagi kita menunggu Tarikh daripada pihak mereka kerana pemilik mereka yang sendiri nak berikan insentif itu kepada atlet para kita.
 
“Jadi saya di MPM sendiri merasakan ini satu pengiktirafan dan dia juga merupakan salah satu individu terkaya dalam senarai Forbes dan saya nak juga dia berikan walaupun lambat sedikit tapi yang penting semua akan dapat.

“Kami sasar bulan Mei selesai cuma kita menanti wakil mereka insyallah selesai Jun.

Dia berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri MPM, yang turut menyaksikan pelantikan Kafe Golden Moon sebagai penaja rasmi katering MPM.

Penegasan ini membuktikan komitmen MPM terhadap kebajikan atlet paralimpik negara.
 

Advertisement

Must Watch Video