MPFL

Ini rangkuman saingan MPFL 2025 menjelang perlawanan keempat

Stadium Astro
Adli Aidy
26/03/2025
08:55 MYT
Sponsor Banner
Ini rangkuman saingan MPFL 2025 menjelang perlawanan keempat
Johor Darul Ta'zim kini masih menghuni puncak Liga Perdana Futsal Malaysia Divisyen 1 selepas berjaya melakar kemenangan ketiga setelah menang tipis 4 - 3 ke atas Pahang Rangers pada Sabtu.
Manakala pasukan tercorot liga TOT United masih gagal meraih sebarang kemenangan selepas dibelasah gergasi merah 7 - 0 di Shah Alam. Situasi yang sama berlaku dalam pertemuan KL City menentang Kedah apabila KL City berpesta 5 gol di Kompleks Sukan ISN Raja Muda, Kuala Lumpur.
Dalam pada itu, TOT United berdepan misi berat pada perlawanan keempat apabila bakal bertemu sang juara yang kini masih belum mencatat sebarang kekalahan pada edisi kali ini. Perlawanan pada Sabtu ini juga akan menyaksikan pertembungan 'derby' lembah Klang di mana Selangor akan bertemu KL City.
Malaysia University yang baru sahaja keluar daripada kedudukan tercorot dengan meraih 1 mata sahaja apabila terikat 4 sama menentang Sabah, kini akan bertemu Kedah dalam perlawanan yang akan berlangsung di Stadium Sultan Abdul Halim, Alor Setar. Manakala Sabah tagih 3 mata penuh untuk memintas Pahang Rangers di kedudukan keempat.
Kesemua perlawanan ini akan berlangsung pada 19 April bermula dari 8.30 malam.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video