Skip to main content

Futsal

Info perlawanan keempat MPFL Divisyen 1 Sabtu ini

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

mpfl.jpg
Perlawanan ketiga Liga Futsal Perdana Malaysia (MLFL) pada 22 dan 23 Mac menyaksikan Selangor kenduri gol menewaskan TOT United 7-0  di Shah Alam, manakala Johor Darul Ta'zim (JDT) kini masih menghuni puncak carta liga dengan sembilan mata selepas kemenangan tipis ke atas Pahang Rangers 4-3.

Pasukan tercorot liga, TOT United minggu ini akan berdepan cabaran hebat apabila bakal menentang penghuni teratas liga, JDT yang kini masih belum mencatat sebarang kekalahan pada musim ini.

Minggu ini juga akan menyaksikan perlawanan 'derby' lembah Klang di antara Selangor dan KL City yang akan berlangsung di Shah Alam.

Untuk rekod, KL City kini mempunyai salah satu penjaring terbanyak liga iaitu menurusi Daniel Almeida yang telah merekodkan empat jaringan dan terikat dengan Harith Na'im dari Pahang Rangers dan Vitor Fernandes dari Selangor.






Dalam pada itu, Selangor, KL City dan Pahang Rangers kini terikat dengan enam mata dengan masing-masing mencatatkan dua kemenangan daripada tiga aksi dan perlu mengharapkan untuk JDT tewas di aksi seterusnya untuk mencantas atau merapatkan jurang dengan Sang Juara itu.

Untuk makluman, semua perlawanan keempat akan berlangsung pada hari Sabtu iaitu 19 April bermula dari 8.30 malam.

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video