Skip to main content

Tenis

Indian Wells: Osaka jumpa Stephens dalam pusingan pertama

naomi-osaka.jpg
Naomi Osaka berdepan laluan sukar dalam perlawanan pertama Kejohanan Tenis Indian Wells bermula esok apabila diundi bertemu juara Terbuka Amerika Syarikat (AS) 2017, Sloane Stephen.

Pemenang empat kali gelaran utama, Osaka, tidak pernah beraksi secara kompetitif sejak disingkirkan Amanda Anisimova dalam pusingan ketiga Terbuka Australia pada Januari lalu.

Bintang Jepun itu, yang kedudukan rankingnya menjunam ke tangga ke-78, diberikan tiket peluang khas di Indian Wells tetapi dinaikkan ke kejohanan utama secara automatik selepas Camila Giorgi menarik diri.

Undian Kejohanan Indian Wells berlangsung hari ini, di mana Osaka diundi untuk bertemu Stephens, yang menamatkan kemarau gelaran WTA sejak 2018 dengan menjuarai Kejohanan Abierto Zapopan bulan lalu.

Kesemua pemain pilihan mendapat laluan percuma ke pusingan kedua, di mana Barbora Krejcikova  dan Areyna Sabalenka akan turun sebagai dua pilihan teratas.
 
 

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video