TENIS
Indian Wells Masters: Medvedev bawa reputasi nombor satu ke final
Pemain nombor satu dunia, Daniil Medvedev, berkata kemenangan yang diciptanya awal pagi tadi tidak semudah seperti yang disangkakan sekalipun menewaskan Tomas Machac dengan straight set di Indian Wells Masters, Amerika Syarikat (AS).
Medvedev menundukkan pencabar dari Republik Czech itu 6-3, 6-2 dalam pusingan kedua sejak diberitahu dia tidak dibenarkan bersaing di bawah bendera Russia berikutan pencerobohan negaranya ke atas Ukraine.
Selepas melakukan break point dalam game pembukaan, Medvedev segera mendapat rentak untuk mendahului 4-2 dan mengesahkan set pertama itu tanpa melepaskan sebarang mata dalam dua servis terakhirnya.
Iklan
Pemain berusia 26 tahun tersebut meneruskan prestasinya itu dengan mematahkan servis Macchac dalam game pembukaan set kedua sebelum melakukan dua break point lagi ketika menuju kemenangannya.
Bercakap kepada media selepas perlawanan, Medvedev berkata tahap persembahannya masih jauh daripada sempurna tetapi gembira untuk beraksi tanpa sebarang mengalami kecederaan.
"Saya fikir saya cukup tekal," katanya.
"Jika anda melihat aksi dalam set pertama, ia agak seimbang. Dia melakukan beberapa kesilapan mudah dan mungkin beberapa keputusan buruk lagi pada saat-saat genting -- adakalanya sukan ini boleh jadi begitu.
“Keputusan 6-3, 6-2 kedengaran berat sebelah tetapi jika anda tengok berdasarkan mata yang dipungut dan persembahan perlawanan ini, ia tidak semudah yang disangka.
First win as No.1 ?@DaniilMedwed rolls past qualifier Machac 6-3, 6-2 to reach the third round for the fourth consecutive time at #IndianWells pic.twitter.com/HqIOeseH2h— BNP Paribas Open (@BNPPARIBASOPEN) March 12, 2022
Medvedev yang akan menentang Gael Monfils dalam penentuan gelaran menambah: "Suasana akan sentiasa menjadi janggal.
“Saya perlu meluangkan banyak masa untuk membiasakan diri dengan keadaan dan pada masa yang sama ia adalah tempat yang bagus untuk beraksi. Semua peserta datang ke mari seminggu atau seminggu setengah sebelum kejohanan bermula atas kedua-dua sebab ini.
“Itulah yang saya turut lakukan dan saya rasa hebat, jadi saya harap dapat melakukan yang lebih baik lagi.
"Saya gembira kerana kental bertahan dan menjadi pemain paling tekal."
Must-Watch Video