MALAYSIA 0 INDIA 3
Ketua jurulatih skuad hoki wanita negara, Muhammad Dhaarma Raj Abdullah, tetap berpuas hati dengan prestasi anak didiknya meskipun tewas 0-3 dalam aksi persahabatan menentang India di Stadium Nasional, Bukit Jalil, hari ini.
Dhaarma menganggap keputusan itu merupakan permulaan yang baik buat skuad kendaliannya yang ketika ini berada di ranking ke-22 dunia apabila kalah dengan jurang yang tipis kepada pasukan di kedudukan kesembilan dunia itu.
Aksi suku pertama menyaksikan Malaysia dan India saling berbalas serangan, namun gagal membuahkan hasil daripada pukulan sudut penalti yang diperoleh.
Memasuki suku kedua, India menambah asakan dan membuka jaringan pada minit ke-17 menerusi Vandana Katariya yang memanfaatkan pukulan sudut penalti.
Ia meningkatkan semangat India dalam memburu gol kedua yang diperoleh pada minit ke-38 menerusi gol padang Lal Remsiami.
Dalam suku terakhir, India memperoleh gol ketiga sekali lagi menerusi jaringan Vandana Katariya.
"Saya memahami tekanan yang dihadapi pemain ketika berdepan sebuah pasukan gergasi.
"Untuk berlaku adil, mereka berikan persembahan yang baik memandangkan mereka telah berehat lama.
"Mereka berikan aksi yang memberangsangkan ketika berdepan sebuah pasukan handalan," kata Dhaarma lagi.