Bekas penyerang skuad hoki negara, Iman Gobinathan Abdullah, minta agar ketua jurulatih skuad kebangsaan, Roelant Oltmans, mempertimbangkan kehadiran Mohd Hafiz Zainol dan Abdul Khaliq Hamirin ke dalam pasukannya.
Hafiz beraksi dalam Liga Hoki Australia manakala Khaliq pula sedang berkelana di Itali.
Iman berasakan kedua-dua pemain itu mampu menawarkan sesuatu yang berbeza dalam kem kebangsaan.
"Apabila anda bermain dengan kelab di luar negara, anda akan mempelajari banyak perkara berbeza seperti struktur dan konsistensi dalam perlawanan.
"Jika anda tidak konsisten di luar negara, anda hanya akan memanaskan bangku simpanan.
"Ia berbeza dengan di Malaysia.
"Konsistensi dan struktur permainan akan sentiasa berubah dan mereka akan belajar banyak perkara.
"Ia akan membuka minda mereka untuk menyesuaikan diri dengan banyak perkara," katanya.
Hanya tinggal enam bulan sebelum Malaysia menghadapi aksi 'play-off' kelayakan ke Sukan Olimpik Tokyo 2020.
Ditanya sama ada pemain kebangsaan wajar diberikan pelepasan untuk beraksi di luar negara dalam tempoh itu, Iman memberikan respons: "Saya rasa kita perlu memberikan mereka peluang untuk menimba pengalaman di luar negara.
"Jika kita lihat dalam Pusingan Akhir Siri Hoki FIH, baru-baru ini, ramai pemain pasukan lain yang beraksi dalam liga di luar daripada negara mereka."