Skip to main content

Advertisement

Sukan Lain

Iman bakal sertai Kejohanan Taekwondo Dunia

iman.jpg
Anak bekas peninju negara, Ahmad Noor Iman Hakim Rakib, akan mewakili negara menyertai Kejohanan Taekwondo Dunia di Manchester, England, sekali gus menganggap kejohanan itu penting buatnya mengutip mata kelayakan untuk ke Sukan Olimpik 2020.

Iman antara dua atlet kyorugi yang mewakili negara untuk berentap di England dalam kategori bamtamweight -63kg bersama 89 peserta.

Iman, yang sebelum ini merangkul pingat emas Kejohanan Asia Tenggara di Manila, mengakui sedikit gementar kerana ini merupakan kejohanan besar sulungnya sepanjang penglibatannya dalam sukan taekwondo.

Dalam melakukan persiapan ke Kejohanan Dunia, cabaran utama yang dihadapi adalah menjalani latihan dan beraksi dalam bulan Ramadan. 

"Sesi latihan agak memenatkan kerana berlatih ketika berpuasa. Tetapi tahap kecergasan saya sangat baik dan bersedia untuk Kejohanan Dunia," katanya.

Bagaimanapun, Iman menganggap penglibatannya di Manchester sebagai langkah mempertingkat prestasi, sekali gus peluang menyinar bersama atlet senior dalam menimba pengalaman.

"Tiada apa yang mustahil. Tetapi ini adalah penampilan pertama dalam Kejohanan Dunia, saya akan guna peluang terbaik untuk meraih keputusan positif."

Advertisement

Must Watch Video