Pemanah negara, Ikram Joni, bertekad mahu membuktikan dia masih bernilai buat pasukan recurve lelaki biarpun digugurkan daripada skuad negara yang akan menyahut cabaran dalam Sukan SEA Kuala Lumpur, bulan depan.
Ikram telah digantikan dengan pemanah berusia 19 tahun, Zarif Syahir, pada saat-saat akhir oleh Persatuan Memanah Kebangsaan Malaysia (NAAM) untuk acara recurve berpasukan lelaki.
Biarpun impian untuk beraksi di pentas Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 sudah berkubur, Ikram masih menaruh harapan untuk memikat hati jurulatih negara, Lee Jae Hyung, untuk ke Sukan Asia 2018 di Indonesia.
"Bukan rezeki saya kali ini tetapi saya akan fokus untuk terus meningkatkan prestasi selepas ini," ujarnya.
Ikram kembali menjalani latihan bersama tiga lagi pemanah elit negara, Khairul Annuar Mohamad, Akmal Nor Hasrin dan Haziq Kamaruddin selepas berjaya membantu Malaysia meraih pingat gangsa dalam Kejohanan Memanah Piala Dunia di Salt Lake City, Amerika Syarikat, bulan lalu.
Bagi Khairul dan Haziq, mereka menyambut baik sesiapa sahaja yang akan membantu mereka dalam kempen Sukan SEA nanti dan berusaha untuk menepati sasaran meraih pingat emas buat Malaysia.
"Keserasian itu bukan satu masalah kerana apa yang penting, masing-masing perlu mempamerkan aksi terbaik," kata Khairul.
"Dari segi pasukan, kami berlatih bersama, jadi pertukaran yang dilakukan tidak memberikan kesan besar kepada kami," ujar Haziq.