Legenda berbasikal negara, Datuk Ng Joo Ngan, membantah cadangan Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) untuk memindahkan program latihan skuad trek ke Nilai, Negeri Sembilan, sekaligus membubarkan kem di Melbourne, Australia.
"PKBM harus berfikir 100 kali dahulu sebelum membuat keputusan menutup program latihan di Melbourne.
"Memang program latihan di sana menelan belanja besar tetapi apakah mereka dapat memastikan program latihan di sini setanding dengan di sana?
"Harus diingatkan, bukan senang untuk melahirkan bintang sukan seperti Azizulhasni Awang," ujarnya.
Semalam, Setiausaha Kehormat PKBM, Ibrahim Mustafa, berkata pihaknya akan menyuarakan cadangan menamatkan program latihan di Melbourne dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Bersama Majlis Sukan Negara, bulan depan.
Ia bagi menjimatkan jutaan ringgit kerana program latihan skuad trek perlu menggunakan sepenuhnya kemudahan di Velodrom Nasional yang akan dirasmikan, minggu depan.
Program latihan di Melbourne itu dimulakan pada 2006 di bawah kendalian ketua jurulatih negara, John Beasley.
Sejak itu, skuad trek negara berjaya meraih pelbagai kejuaraan, termasuk pingat emas Sukan SEA, Sukan Komanwel, Sukan Asia, gangsa dalam temasya Olimpik dan terbaru, Kejohanan Dunia menerusi jaguh keirin, Azizulhasni.