Lee Hup Wei menganggap dirinya kini dalam kondisi terbaik untuk melakukan catatan peribadi terbaik apabila dijangka menyertai kejohanan di Uzbekistan, hujung bulan depan.
Jaguh lompat tinggi negara itu yang masih bergelut mencari tiket ke Kejohanan Olahraga Dunia 2019 dari 27 September hingga 6 Oktober depan buat julung kalinya dan yakin mampu melakar kejutan di Uzbekistan apabila kepulangan Nauraj Singh Randhawa daripada berguru di Eropah menjadi pemangkin semangatnya.
Pemenang pingat emas Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 dan bekas pemegang rekod kebangsaan itu kini memiliki pencapaian peribadi terbaik, 2.28 meter, yang dirakam ketika beraksi dalam Kejohanan Balapan dan Padang AACT di Canberra, Australia, tahun lalu.
"Persediaan saya berjalan lancar dan dalam masa yang sama, saya kini cergas sepenuhnya.
"Saya rasa mampu melakukan catatan yang baik kerana saya sememangnya menyimpan hasrat untuk mengatasi rekod peribadi.
"Dengan kembalinya Nauraj, maka kami bolehlah saling bersaing," katanya ketika ditemui di Majlis Sukan Negara (MSN), Bukit Jalil, pagi tadi.
Hup Wei perlu melepasi ketinggian 2.30m untuk memburu tiket Kejohanan Dunia di Doha, Qatar.
Catatan terakhir yang dilakar pemenang pingat emas Sukan Asia 2011 berkenaan ialah ketika memenangi pingat gangsa dalam Kejohanan Trek dan Padang (ATP) Asia di Doha, bulan lalu dengan catatan 2.2m.