PAPARAN UTAMA GROUP
Hup Wei puji keberkesanan teknik latihan Steward
Jaguh lompat tinggi negara, Lee Hup Wei, memohon Majlis Sukan Negara (MSN) agar mengekalkannya untuk berlatih di bawah kendalian Alex Steward selepas cemerlang sepanjang kem latihan pusat di Australia.
Hup Wei kembali ke tanah air selepas menamatkan program latihan dan kejohanan selama dua bulan di Australia.
Bekas pemegang rekod kebangsaan itu mempamerkan aksi mantap, termasuk menjuarai Terbuka Australia dengan ketinggian 2.24 meter, secara tidak langsung menewaskan jaguh utama negara, Nauraj Singh.
Iklan
Ia membuktikan Hup Wei serasi dengan sentuhan Steward.
"Berlatih di bawah kendalian Steward amat berbeza berbanding di Malaysia.
"Dia mengetengahkan sesi latihan di tahap tinggi.
"Di sana (Australia), saya seperti budak baru, banyak yang saya pelajari," katanya.
Nauraj pula menyambut baik jika Hup Wei menjadi rakan sepelatihnya.
Ini kerana dia merupakan atlet olahraga tunggal yang terpilih dalam Program Podium sehingga terpaksa berlatih sendirian.
"Kami boleh saling membantu apabila jurulatih tidak berada di samping kami.
"Kami akan saling memberi pandangan mengenai teknik lompat kami," kata Nauraj pula.
Rekod kebangsaan kekal milik Nauraj dengan 2.29m.
Kedua-dua atlet itu akan bertembung dalam Kejohanan Tertutup Malaysia di Lumut, Perak, bermula 15 April ini.
Must-Watch Video