Skip to main content

Sukan Lain

Hup Wei huni ranking ketujuh dunia

lee-hup-wei.jpg
Permulaan cemerlang pada awal musim ini membantu jaguh lompat tinggi negara, Lee Hup Wei, untuk menghuni ranking ketujuh dunia dengan catatan 2.27 meter, sekali gus pencapaian terbaik dalam kalangan atlet olahraga kebangsaan.

Hup Wei berkongsi ranking ketujuh dunia dengan atlet dari Mexico dan Amerika Syarikat.

Ia merupakan pencapaian terbaik atlet olahraga negara sepanjang tahun ini dengan dia turut meraih tangga keempat dalam Kejohanan Asia di Doha, Qatar, minggu lalu.

Prestasi itu merupakan petanda positif buat Hup Wei untuk melepasi had kelayakan Kejohanan Dunia, iaitu 2.30m.

"Musim ini bermula dengan amat baik.

"Saya bermula dengan catatan 2.20m dalam setiap kejohanan.

"Kemudian, ia meningkat kepada 2.26m dan 2.27m, jadi ia amat bagus.

"Saya sedang bersedia untuk menghadapi kejohanan di Thailand dan akan berbincang dengan pihak persatuan untuk menyertai Kejohanan Asia, Jun depan," katanya.

Catatan peribadi terbaik Hup Wei adalah 2.28m.

Ia ketinggalan 0.02m berbanding rekod kebangsaan milik Nauraj Singh, 2.30m.

Skuad negara akan menyertai Kejohanan Olahraga Terbuka Thailand bermula 18 Mei ini.

"Saya akan memanfaatkan Terbuka Thailand untuk memperbaiki teknik saya.

"Kemudian, saya akan memberikan yang terbaik dalam Kejohanan Asia.

"Saya akan mengendurkan sedikit prestasi saya dan ia akan kembali memuncak pada Jun nanti," tambahnya.

Advertisement

Must Watch Video