Jaguh lompat tinggi negara, Lee Hup Wei, yang sedang memburu had kelayakan 2.30 meter Kejohanan Dunia, mendapat berita gembira apabila dijemput menyertai Grand Prix Asia, namun tumpuannya ketika ini ialah menghadapi Terbuka Thailand bermula Sabtu ini.
Kali terakhir Hup Wei turun beraksi dalam Kejohanan Olahraga Trek dan Padang Asia (ATF) 2019 di Doha, Qatar, dia menamatkan saingan dengan catatan 2.26 meter untuk mengakhiri saingan di tempat keempat.
Memiliki keyakinan untuk terus melakukan lompatan cemerlang, Hup Wei berharap dapat melakukan catatan 2.30m bagi memastikan dia layak ke Kejohanan Dunia.
"Selepas mempamerkan aksi terbaik di Qatar, saya akan menyertai Terbuka Thailand untuk mendapatkan semula sentuhan terbaik sebagai persiapan menghadapi GP Asia bulan depan," katanya.
Hup Wei akan ke Thailand tanpa rakan senegara, Nauraj Singh, yang berada dalam proses pemulihan daripada kecederaan.
"Nauraj bakal berehat seketika untuk memulihkan kecederaannya selepas mengharungi persembahan cemerlang sejak permulaan tahun ini."