Skip to main content

Sukan Lain

Human Voyage dipilih sebagai penganjur LTdL bermula 2019

ltdl-2018.jpg
Syarikat pengurusan acara, Human Voyage (M) Sdn Bhd, dipilih sebagai pengurus acara bagi perlumbaan berbasikal terbesar rantau ini, Le Tour de Langkawi (LTdL), untuk tempoh tiga tahun bermula tahun ini.

Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM), Datuk Abu Samah Abd Wahab, berkata beliau dimaklumkan mengenai pengumuman itu hari ini.

"Saya baru sahaja terima panggilan daripada KBS (Kementerian Belia dan Sukan). Ia berkaitan pemilihan tender bagi lantikan syarikat yang akan menganjurkan LTdL bagi tempoh tiga tahun bermula 2019.

"Saya ingin maklumkan bahawa pihak kerajaan dan KBS memohon agar PKBM membuat pengumuman (tentang pelantikan pengurus acara Le Tour de Langkawi) bagi pihak mereka.

"Saya ingin maklumkan Jawatankuasa Tender telah memilih Human Voyage (M) Sdn Bhd. Saya juga telah terima panggilan telefon daripada wakil Jawatankuasa Tender KBS,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Abu Samah, pemilihan dibuat merangkumi aspek seperti pengalaman syarikat dan pengalaman menganjurkan kejohanan bertaraf antarabangsa seperti Langkawi International Mountain Bike Challenge (LIMBC) selama tiga tahun bermula 2012.

"Syarikat ini juga telah menganjurkan Le Tour de Langkawi 2015. Pengalaman ini juga meliputi aspek teknikal berbasikal. Saya dimaklumkan oleh Jawatankuasa Tender KBS bahawa mereka turut mengambil kira aspek kewangan syarikat berkenaan.

“Dalam hal ini, syarikat ini didapati mempunyai kewangan yang mantap dan menjanjikan penajaan syarikat-syarikat swasta di negara ini,” katanya.

-- BERNAMA

Advertisement

Must Watch Video