MPL MY
Homebois kejar rapat Gergasi Merah
Minggu ketiga saingan Liga Profesional Mobile Legends Bang Bang (MLBB) MPLMY menyaksikan perbezaan hanya satu mata di antara pendahulu Selangor Red Giants OG Esports (SRG.OG) dan Homebois.
Homebois kini di tangga kedua carta MPLMY musim ke-15 dengan 11 mata setelah merekodkan kemenangan bersih setakat minggu ketiga, namun tercicir mata di minggu kedua dalam perlawanan menentang DX Soul selepas mencatat kemenangan 2-1.
Keciciran itu menghukum homebois kekurangan satu mata di belakang SRG.OG yang sedang mendominasi saingan musim ini dengan kemenangan bersih 2-0 dalam setiap aksi.
Iklan
Namun, Homebois musim ini nampak lebih yakin dan mempamerkan peningkatan prestasi daripada musim lalu di mana Homebois hanya mampu meraihh tempat ketujuh di saingan regular season dan gagal melayakkan diri ke saingan playoff.
Minggu keempat MPLMY S15 menyaksikan Homebois bakal bertemu Todak dan Team Vamos.
Hombois juga perlu berharapa SRG.OG kehilangan mata untuk meluaskan lagi peluang mencantas kedudukan teratas carta musim ini.
Must-Watch Video