Skip to main content

Sukan Asia

Hoki wanita: Penampilan ke-100 penuh makna buat Norsharina, Fazilla

hoki-wai.jpg
Pertahanan skuad hoki wanita negara, Raja Norsharina Raja Shabuddin, dan pemain tengah, Fazilla Sylverster Silin, meraikan penampilan ke-100 dengan penuh bermakna selepas The Malaysian Tigress membelasah Taiwan 11-0 hari ini untuk mencerahkan peluang ke separuh akhir Sukan Asia.

Sharina dan Fazilla merupakan antara tonggak penting skuad wanita negara tatkala sentuhan mereka memastikan skuad kebangsaan meraih dua kemenangan dan satu seri dalam aksi Kumpulan A untuk meletakkan Malaysia berpeluang ke separuh akhir.

Lebih manis, mereka meraikan penampilan ke-100 dengan kemenangan besar.

"Kemenangan ini adalah satu kebanggaan buat skuad negara, jadi kami berharap sasaran yang ditetapkan mampu dicapai," kata Fazilla.

"Penampilan ke-100 merupakan satu suntikan semangat untuk kami berdepan Jepun pada Isnin ini sebelum memikirkan tentang saingan separuh akhir," tambah Norsharina.
 
Setakat ini, pemain wanita paling banyak mewakili negara adalah pertahanan, Juliani Mohd Din, dengan 210 penampilan.

 

Advertisement

Must Watch Video