Kapten skuad hoki negara, Sukri Abd Mutalib, berharap setiap pemain dapat bangkit daripada kekalahan kepada Jepun dalam aksi final Sukan Asia 2018, malam tadi.
Malaysia seri 6-6 dengan Jepun selepas tamat 60 minit waktu permainan tetapi tewas menerusi penentuan pukulan penalti 3-1, yang menyaksikan mereka terlepas pingat emas kelapan buat kontinjen negara dan tiket beraksi dalam Sukan Olimpik Tokyo 2020.
Kekalahan itu menyaksikan Malaysia terus kempunan menamatkan penantian 60 tahun merangkul pingat emas sulung acara hoki lelaki selepas turut kecundang di peringkat sama pada edisi 2010 di Guangzhou, China.
Sukri, bagaimanapun, menerima kekalahan itu tetapi berharap setiap pemain dapat mengumpul semula semangat untuk kembali beraksi dalam saingan kelayakan ke Sukan Olimpik Tokyo 2020.
"Saya akur dengan kekalahan ini tetapi saya tetap berbangga dengan prestasi rakan sepasukan dalam perlawanan ini," kata Sukri.
"Pedih untuk menerima kekalahan ini tetapi Malaysia perlu kuat bagi menghadapi saingan kelayakan selepas ini.
"Buat masa ini, semua pemain terkesan di sebalik kekalahan ini tetapi saya yakin mereka akan kekal bersama pasukan untuk saingan kelayakan ke Olimpik."
Malaysia mendahului saingan hingga suku terakhir perlawanan 5-2 dan berada di ambang untuk muncul pemenang pingat emas Sukan Asia -- seharusnya emas kelapan kontinjen negara -- bagi melayakkan diri secara automatik ke Sukan Olimpik Tokyo 2020.
Namun, kebangkitan yang dipamerkan oleh Jepun, dengan semangat juang menggilanya, ternyata mengejutkan skuad kendalian Stephen Van Huizen itu, dengan tiga gol dalam tujuh minit menyaksikan kedudukan terikat 5-5.
Pada penghujung permainan, Malaysia kembali mendahului menerusi pukulan sudut penalti yang disempurnakan oleh Tengku Ahmad Tajuddin Tengku Abdul Jalil tetapi Hiroshima Ochiai menyamakan kedudukan ketika perlawanan berbaki 13 saat, sekali gus penentuan pukulan penalti harus dijalankan bagi menentukan pemenang.
Kegagalan Faizal Saari, Meor Muhammad Azuan Hasan dan Tengku Ahmad Tajuddin menyempurnakan pukulan penalti menyaksikan Jepun memenangi pingat emas, sekali gus meragut kelayakan automatik Malaysia untuk beraksi dalam Sukan Olimpik Tokyo 2020.