MALAYSIA 2 CHINA 2
Saingan kelayakan peringkat Kumpulan A yang menyaksikan Malaysia mengikat China 2-2 umpama amaran yang diberikan oleh barisan Muhammad Dhaarma Raj Abdullah dalam acara hoki wanita Sukan Asia Indonesia.
China cuba membentuk penguasaan mereka dan tampil memimpin pada awal perlawanan di Padang Hoki, Gelora Bung Karno, hari ini.
Pada minit kesembilan, Liang Meiyu merobohkan benteng skuad negara.
Pada minit ke-32 pula, Hanis Nadiah Onn menyamakan kedudukan, sekali gus mengikat China 1-1.
Hanis sekali lagi bertindak cemerlang menerusi jaringan keduanya pada minit ke-43 dan untuk seketika, Malaysia memimpin kedudukan 2-1.
Bagaimanapun, hasrat Malaysia untuk mencetak kejutan dinafikan Gu Bingfeng apabila dia menjaringkan gol pada minit ke-48 untuk mengikat kedudukan 2-2.
"Jaringan saya tadi atas usaha sepasukan dan ia satu mata yang sangat berharga.
"Kami bertahan dan menyerang secara berpasukan.
"Kami tiada tekanan untuk menentang China berikutan ranking dunia mereka yang lebih tinggi.
"Kami mahu menikmati permainan ini dan tidak mahu tertekan.
"Sebab itulah kami dapat melepaskan tekanan perlawanan tadi," kata Hanis sejurus permainan berakhir.