SUKAN ASIA 2018
Hoki: Skuad wanita hampiri penantian 32 tahun
MALAYSIA 11 TAIWAN 0
Pakar pukulan sudut penalti skuad hoki wanita negara, Nuraini Abd Rashid, meledak lima gol ketika membelasah Taiwan 11-0 di Pusat Hoki Gelora Bung Karno hari ini untuk selangkah lagi menamatkan penantian 32 tahun layak ke separuh akhir Sukan Asia.
Ini kemenangan kedua skuad kendalian Muhammad Dhaarma Raj Abdullah itu selepas tiga aksi Kumpulan A.
Iklan
Ia meletakkan Malaysia dalam kedudukan selesa dalam perebutan tiket separuh akhir temasya Jakarta-Palembang ketika persaingan antara Malaysia, China dan Jepun masih terbuka.
Nuraini menjadi tumpuan apabila meledak lima gol untuk mengumpul lapan gol dalam temasya ini.
"Daripada segi individu, saya tidak dapat 'membawa' pasukan lagi.
"Saya harap pertemuan dengan Jepun menjadi peluang keemasan untuk saya membawa Malaysia ke separuh akhir," kata Noraini.
Malaysia akan berdepan Jepun, Isnin ini, untuk menentukan tiket separuh akhir.
Kali terakhir Malaysia layak ialah ketika meraih tangga keempat temasya Seoul 1986 tetapi pencapaian terbaik adalah merangkul gangsa dalam temasya di New Delhi, India pada 1982.
"Sememangnya adalah hasrat kami untuk layak ke separuh akhir.
"Dalam baki perlawanan peringkat kumpulan menentang Jepun nanti, saya mahu kami terus mencuba," ujar Dhaarma.
Must-Watch Video