Skuad hoki negara akan menguji juara dunia, Belgium, dalam satu aksi persahabatan di Brussel bulan depan sebagai sebahagian persiapan untuk ke Piala Dunia 2023.
Selain Belgium, pasukan kendalian Arul Selvaraj itu terlebih dahulu akan berdepan pasukan di ranking kelapan dunia, Sepanyol, dalam satu lagi perlawanan persahabatan di Barcelona.
Ia membuktikan bahawa Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) tetap meneruskan perancangan mereka walaupun Kementerian Belia dan Sukan (KBS) enggan memberikan dana tambahan susulan kejayaan menjuarai Kejohanan Piala Asia Dalam Dewan dua minggu lalu.
Dalam satu temu bual bersama wartawan Nadi Arena, Muiz Aziz, Arul berkata: "Kami mendapat sokongan terbaik daripada KHM dan MSN (Majlis Sukan Negara).
"Daripada segi dana tambahan itu, ia bukan isu saya, jadi saya tidak berani memberikan komen mengenai isu itu tetapi jika ada, ia bonus.
"Selepas ini, kami akan melakukan jelajah Eropah di Barcelona dan Brussels selama tiga minggu.
"Selepas pulang, kami akan membuat persediaan untuk menghadapi Piala Sultan Azlan Shah.
"Sehabisnya Piala Sultan Azlan Shah, kami akan menyertai Piala Negara-Negara di Afrikan Selatan.
"Pada Disember pula, kami ada jelajah pendek di New Zealand sebelum menghadapi Piala Dunia di India pada Januari depan.
"Kesemua program itu, termasuk kem latihan selingan di Langkawi, semuanya di dalam bajet dan MSN Membiayai dan menyokong segala-galanya," katanya.