Skip to main content

Sukan Asia

Hoki: Skuad lelaki teruskan momentum kemenangan besar

s-kumar.jpg
MALAYSIA 10 THAILAND 0

Penjaga gol skuad hoki negara, S. Kumar, menganggap hanya kemenangan besar mampu membantu negara mencari kedudukan lebih baik dalam penentuan peringkat kumpulan selepas India, Pakistan mahupun Bangladesh turut mengekori rapat daripada segi kutipan mata.


Satu lagi kemenangan besar 10-0 ke atas Thailand di Padang Hoki Gelora Bung Karno, Jakarta, hari ini cukup untuk membantu skuad negara.

"Kami sedar dalam empat perlawanan kami perlu mendapatkan tiga mata sebelum kami turun berdepan Pakistan yang boleh menentukan kedudukan kami. 

"Kami perlu menang dan dapatkan jaringan besar ketika bertemu pasukan kerdil supaya kami dapat menduduki tangga teratas kumpulan. 

"Kumpulan ini turut dihuni Bangladesh dan adalah penting untuk kami meraih tiga mata ke atas mereka sebelum bertemu Pakistan. 

"Kemudian barulah kami dapat mengesahkan tempat dalam separuh akhir sebelum menutup aksi peringkat kumpulan dengan Oman," katanya. 

Malaysia menyumbat gol pertama selepas lima minit menerusi Meor Muhamad Azuan Hasan sebelum  menambah lima gol pada suku kedua menerusi Faizal Saari, Firhan Muhammad Ashari, Razie Abd Rahim, Muhammad Azri Hassan dan Shahril Saabah. 

Muhammad Amirol Aideed Muhammad Arshad, Shahril, Tengku Ahmad Tajuddin Tengku Abdul Jalil dan Fitri Saari kemudian melengkapkan kemenangan bergaya negara. 

 

Advertisement

Must Watch Video