Jurulatih skuad hoki negara, Steven Van Huizen, menganggap hanya aksi dengan Pakistan akan menentukan kelebihan sebenar milik skuad negara atau pasukan di tangga ke-13 itu bagi penentuan lawan dalam separuh akhir Sukan Asia Indonesia.
Sehubungan itu, katanya, pemain negara perlu mengekalkan aksi konsisten bagi mencari kemenangan dan jaringan dalam perlawanan keempat Kumpulan B itu di Padang Hoki, Gelora Bung Karno, Ahad ini.
Van Huizen berkata siapa jua lawan yang bakal dihadapi Malaysia dalam separuh akhir, ia tetap bukan jaminan aksi mudah buat pasukan negara.
"Saya rasa kami belum sampai lagi (ujian sebenar). Sudah tentu ia satu pencapaian cemerlang dapat mengumpul sembilan mata dan jurang gol yang baik.
"Tetapi, kami akan menentang Pakistan, di mana ia akan menentukan siapa yang menduduki tangga teratas dan kedua kumpulan. Kami akan fokus satu perlawanan demi satu perlawanan.
"Kami tahu separuh akhir adalah satu perlawanan yang berbeza tetapi kami akan cuba perbaikinya dan kita akan lihat apa yang akan berlaku dalam perlawanan menentang Pakistan," katanya.
Skuad hoki negara melewati tiga aksi pemanas badan cukup baik yang dibuktikan dengan kemenangan besar ke atas Thailand, Bangldesh dan Kazakhstan.
Van Huizen menganggap ia sebagai persediaan yang cukup baik sebelum berhadapan Pakistan.
"Hari ini, mereka (Pakistan) akan membenam Kazakhstan dengan jaringan besar, kami tidak dapat mengawalnya. Kami boleh kawal situasi kami dan sudah tentu kami mahu menjaringkan banyak gol.
"Tetapi pada masa yang sama, kami mahu mengelak kecederaan. Saya rasa ia satu perlawanan yang menarik dengan bertemu skuad di tahap tinggi seperti Pakistan.
"Selepas itu, kami akan fikirkan apa yang perlu dilakukan," katanya lagi.
Terdahulu hari ini, skuad kendalian Van Huizen itu membenam Bangladesh 7-0.