Skip to main content

Sukan Asia

Hoki: Razie lega sempurnakan tugas

razie.jpg
Pakar pukulan sudut penalti, Razie Rahim, berharap Malaysia mampu menjadikan aksi dalam tiga perlawanan sebelum ini membantu skuad negara menjelang pertemuan dengan Pakistan bagi penentuan juara peringkat kumpulan Sukan Asia 2018.

Setakat ini, Razie telah mengumpul lapan jaringan peribadi hasil daripada tiga perlawanan yang berlangsung dalam Sukan Asia Indonesia.

Tiga aksi mudah sebelum ini boleh disifatkan sebagai perlawanan pemanas badan sebelum berdepan Pakistan.

"Sebelum berlepas ke sini, kami sudah merancang untuk perlawanan ini. Aksi berdepan Bangladesh merupakan salah satu aksi yang perlu dimenangi memandangkan kami sedar, kemenangan dengan Pakistan akan membolehkan kami menduduki tangga teratas peringkat kumpulan.

"Jadi, syukur kami meraih kemenangan dengan jaringan besar," kata Razie.

Dalam masa sama, lapan gol yang dikutip Razie, termasuk dua sewaktu berdepan Bangladesh, membuatkannya lega memandangkan tugas yang digalas ketika di atas padang begitu berat.

"Bagi saya, setiap kali diberi tanggungjawab untuk menyempurnakan pukulan sudut penalti, saya akan cuba yang terbaik. Itu sasaran peribadi saya."
 

Advertisement

Must Watch Video