HOKI
Hoki Piala Sumbangsih: Faizal selesa galas tugas penting bersama THT
Penyerang Terengganu Hockey Team (THT), Faizal Saari, selesa untuk terus menggalas bebanan tanggungjawab menjulang kejuaraan utama musim 2023.
Faizal seringkali memainkan watak penting dalam kejayaan THT, dengan rekod lima kali muncul penjaring terbanyak liga, dengan terbaru pada musim lalu menerusi 25 gol secara keseluruhan.
Bagaikan 'dejavu', Faizal sekali lagi akan mengerah keringat bertemu TNB di pentas Piala Sumbangsih.
Iklan
Dan, ada memori indah musim lalu apabila meledak dua gol ketika menjadi nadi utama THT menjulang kejuaraan berprestij itu.
Sementara itu, TNB tetap mahu memburu Piala Sumbangsih menentang THT Khamis ini, walaupun tanpa khidmat dua pemain utama, Norsyafiq Sumantri dan Muhammad Shahril Saabah.
Syafiq mengalami kecederaan di bahagian lutut, manakala Shahril cedera di hamstring.
Ketua jurulatih TNB, Nor Saiful Zaini Nasiruddin, juga yakin persiapan awal mampu merapatkan jurang kualiti pasukan.
Terdahulu di perlawanan persahabatan semalam, TNB menewaskan pasukan UiTM 3-0.
Must-Watch Video