Skip to main content

Hoki

Hoki Piala Negara-Negara: Malaysia tamatkan kempen di tempat keempat

korea-vs-malaysia-nations-cup.jpeg
MALAYSIA 0 KOREA SELATAN 4

Skuad hoki negara menamatkan kempen Piala Negara-Negara 2022 di tempat keempat selepas tewas 0-4 kepada Korea Selatan dalam perlawanan penentuan tempat ketiga di Potchefstroom, Afrika Selatan sebentar tadi.

Malaysia tewas 0-1 kepada Korea Selatan dalam perlawanan pembukaan Kumpulan B dan kali ini, lawan berkenaan jelas mempamerkan aksi lebih baik untuk mendominasi sebahagian besar perlawanan, terutama dalam suku kedua. 

Selepas aksi seimbang dipamerkan kedua-dua pasukan sepanjang suku pertama, Korea Selatan mula memperagakan permainan terbaik mereka sepanjang 15 minit berikutnya dan berhasil memecahkan kebuntuan menerusi gol padang Seo In-woo pada minit ke-22.

Empat minit berselang, giliran Lee Nam-yong menggandakan kelebihan jaringan buat Korea Selatan, juga melalui jaringan padang, untuk pasukannya ke bilik persalinan dengan kelebihan dua gol.

Korea Selatan kemudian memperoleh satu jaringan pukulan sudut penalti dalam setiap suku berikutanya, masing-masing disempurnakan Hwang Tae-il (m-39) dan Jang Jong-hyun (m-59), sekali gus bergelar pemenang tempat ketiga Piala Negara-Negara 2022.
 
Kredit foto: FIH
 

Advertisement

Must Watch Video