MALAYSIA 0 IRELAND 3
Hasrat skuad hoki negara untuk ke final Kejohanan Hoki Piala Negara-Negara tidak kesampaian selepas tewas 0-3 kepada Ireland dalam perlawanan separuh akhir di Potchefstroom, Afrika Selatan sebentar tadi.
Berdepan pasukan di ranking ke-13 dunia itu, The Speedy Tigers berhasil mempamerkan aksi seimbang untuk kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan sepanjang separuh masa pertama.
Bagaimanapun, segala-galanya mula berubah dalam suku ketiga apabila Ireland mula mempamerkan aksi lebih kemas dan berbahaya untuk mendapatkan dua jaringan pantas.
Benjamin Walker bijak memanfaatkan peluang untuk Ireland memecahkan kebuntuan pada minit ke-41 sebelum Jeremy Duncan menggandakan kelebihan itu berselang tiga minit.
Biarpun pasukan negara bimbingan Arul Selvaraj cuba merapatkan jurang berkenaan dalam suku keempat, Duncan memusnahkan sisa-sisa perjuangan The Speedy Tigers apabila meledakkan satu lagi jaringan padang pada minit ke-52.
Dengan kekalahan itu, Malaysia seterusnya akan bersaing dalam perlawanan penentuan tempat ketiga menentang sama ada Afrika Selatan atau Korea Selatan, yang akan bertemu dalam satu lagi perlawanan separuh akhir.
Kredit foto: FIH

FIH Hockey Men's Nations Cup South Africa 2022
— MHC (@hockeymalaysia) December 3, 2022
Semi-Final (03/12/22)
FULL TIME
Ireland 3-0 Malaysia
41' FG Benjamin Walker
43' FG Jeremy Duncan
52' FG Jeremy Duncan
Malaysia will play 3rd / 4th placing match
Photo by: FIH / World Sports Pics pic.twitter.com/TKBCXVRs9W
Kredit foto: FIH