Skip to main content

Hoki

Hoki Piala Negara-Negara: Hannah Yeoh yakin Malaysia mampu atasi Pakistan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

hannahj-yeoh.jpg
Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, yakin dengan kemampuan The Speedy Tigers untuk mengatasi Pakistan pada aksi Kumpulan B Kejohanan Hoki Piala Negara-Negara di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil malam ini.

Hannah yakin dengan kredibiliti dimiliki pengendali hoki kebangsaan, Sarjit Singh yang disifatkan berpengalaman dan faham dengan permainan pantas yang akan dipamerkan lawan.

Perlawanan menentang Pakistan itu juga disifatkan begitu peribadi buat The Speedy Tigers yang ingin memperbaiki prestasi tahun lalu apabila sasaran diberikan sekurang-kurangnya ke pentas separuh akhir tahun ini.

Selepas gagal menumbangkan Pakistan dalam empat pertemuan terakhir, skuad hoki negara berpeluang mengakhiri badi itu apabila kedua-dua pasukan berentap pada aksi pembukaan Piala Negara-Negara di Stadium Hoki Nasional malam ini.

Hannah ditemui semasa menyempurnakan sesi pelepasan Program Pembudayaan Sukan Untuk Golongan Minoriti – KL Car Free Morning (Istimewa Run) Peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 2025 di Dataran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Untuk rekod, kali terakhir skuad negara menewaskan Pakistan pada 3 Ogos 2023 ketika Kejohanan Asian Champions Trophy di Chennai, India.

Advertisement

Must Watch Video