Selepas mencatatkan kemenangan selesa 4-1 dalam perlawanan pembukaan Piala Asia 2025 pada Jumaat, skuad negara sekali lagi turun beraksi dalam aksi kedua berdepan dengan juara bertahan Korea Selatan.
Korea hanya memerlukan 1 minit untuk memecah kebuntuan apabila berjaya merobek gawang Malaysia menerusi jaringan Jin Geonhyo.
Tersentak, skuad kendalian Sarjit Singh kembali memperkemas permainan menyebabkan Korea Selatan mula sukar untuk membolosi pertahanan negara.
Beberapa percubaan dilancarkan dan akhirnya membuahkan hasil apabila Akhimullah Anuar Esook berjaya menjaringkan gol untuk mengikat kedudukan 1-1.
The Speedy Tigers kian selesa selepas itu apabila Ashran Hamsani menambah jaringan membolehkan skuad negara di di depan 2-1.
Minit ke-34 Akhimullah Anuar Esook menyempurnakan pukulan sudut penalti yang menghasilkan gol ketiga Malaysia untuk kedudukan 3-1.
Kubu pihak lawan selepas itu kian rapuh dengan asakan agresif pemain negara.
Hasilnya Akhimullah melakar hatrik apabila sekali lagi berjaya merobek gawang Korea buat kali keempat sebelum permainan tamat dengan kemenangan 4-1.