Skip to main content

Sukan Asia

Hoki: Pakistan sekat rentak cemerlang Malaysia

hokkiii.jpg
Selepas mencatat tiga kemenangan berturut-turut dalam aksi peringkat kumpulan, rekod bersih skuad hoki lelaki negara akhirnya lebur di tangan Pakistan setelah tewas 4-1, malam ini.

Pakistan garang menyerang dan mendapatkan jaringan awal, namun Malaysia menyamakan kedudukan menerusi Faiz Helmi Jali sebelum tamat suku pertama

Dalam suku kedua, pasukan negara dilihat semakin tertekan setelah mensia-siakan peluang, apabila pukulan Meor Muhammad Azuan terkena tiang gol 

Penjaga gol kebangsaan, S. Kumar, terpaksa bekerja keras dalam suku kedua untuk menafikan setiap asakan pihak lawan, namun akhirnya tewas kepada percubaan Ali Shan yang menggandakan kedudukan buat Pakistan.

Selang beberapa minit, Pakistan menjaringkan gol ketiga menerusi pukulan sudut penalti sebelum Ajaz Ahmad melengkapkan kemenangan 4-1 buat negara yang menduduki tangga ke-13 dunia itu.

Advertisement

Must Watch Video