Skip to main content

Sukan Asia

Hoki: Nurfaizah yakin skuad negara akan bangkit

nurfaizah.jpg
Saingan hoki wanita negara berakhir apabila skuad Muhammad Dhaarma Raj Abdullah gagal menepati sasaran untuk mara ke separuh akhir Sukan Asia 2018.

Malaysia menamatkan saingan di Indonesia di tempat kelima selepas menewaskan Thailand 2-0 dalam perlawanan klasifikasi hari ini.

Pemain negara yang membuat penampilan pertama dalam Sukan Asia kali ini, Wan Nurfaizah Saiuti, memberikan bayangan kebangkitan skuad negara bagi menempuh edisi seterusnya empat tahun akan datang.

"Pasukan ini sudah mula berkembang daripada segi mutu permainan. Saya yakin kami mampu mara lebih jauh bagi edisi akan datang," katanya.

"Walaupun kami gagal mencapai sasaran yang telah ditetapkan, ia adalah petanda baik buat skuad negara dan dijadikan sebagai penanda aras untuk mencapai tahap yang lebih baik.

"Terdapat beberapa senior yang tidak akan lagi bersama pasukan selepas ini tetapi barisan pemain muda akan menggalas tanggungjawab serta memperkemaskan lagi mutu permainan untuk beraksi dengan cemerlang," tambahnya.
 

Advertisement

Must Watch Video