Skip to main content

Sukan Asia

Hoki: Nur Amirah akui gugup di peringkat awal

amirah.jpg
Penampilan pemain muda skuad hoki wanita negara, Nur Amirah Shakirah Zulkifli, mencuri tumpuan sewaktu meraih penampilan pertamanya dalam Sukan Asia apabila menyumbangkan dua jaringan dari lapan keseluruhan ketika aksi pertama bertemu Hong Kong, malam tadi.

Dalam aksi pembukaan itu, skuad kendalian Muhammad Dhaarma Raj Abdullah itu dilihat tidak berdepan masalah untuk mencatat kemenangan 8-0.

Sudah pasti kemenangan itu tampak mampu menambahkan semangat skuad negara untuk meneruskan aksi seterusnya dan bagi Nur Amirah, dia tidak berdepan masalah untuk mempamerkan permainan sebenar walaupun tidak menolak berdepan kesukaran sewaktu mula-mula menyertai kem kendalian Dhaarma.

"Pada mulanya, saya berasa takut tetapi semakin hari saya dapat menambah keyakinan. Selepas ini, saya akan cuba lakukan yang lebih baik," katanya.

Dalam masa sama, Nur Amirah juga mengakui barisan pemain senior dalam pasukan kebangsaan memainkan peranan penting untuk membantu muka baru menyesuaikan diri.

"Saya adalah seorang pemain muda dan tidak dinafikan pada awalnya, saya berasa gugup. Apabila sudah lama, pemain-pemain senior sentiasa memberikan sokongan untuk membuatkan saya selesa."

Advertisement

Must Watch Video