Skip to main content

Hoki

Hoki: Muka baru galas tanggungjawab di Jelajah Korea Selatan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

screenshot-2025-05-13-191847.png
Ketua jurulatih hoki negara, Sarjit Singh menegaskan bahawa beliau akan memberi peluang kepada nama yang tidak berpeluang dibawa ke Jelajah Australia untuk beraksi di Jelajah Korea Selatan yang bakal membuka tirainya pada 19 sehingga 29 Mei. 

Sarjit yang kini kehilangan penjaga gol, Che Shahrul Azmi akibat kecederaan akan memilih barisan pemain ke Korea Selatan berdasarkan senarai 26 pemain sedia ada yang bakal diumumkan dalam masa terdekat.

"Akan beri peluang kepada semua pemain untuk menguji prestasi mereka. Sesiapa yang tidak dapat bermain di Perth tempoh hari akan diberi peluang bermain di Korea Selatan" - katanya.

Dalam pada itu, Sarjit juga memberi bayangan ada beberapa nama yang bakal disisihkan. Namun, itu tidak bermakna peluang untuk mereka beraksi di Piala Negara-Negara FIH 2025 di Stadium Hoki Nasional pada Jun ini akan tertutup.

Advertisement

Must Watch Video