Setelah lima tahun kemarau tanpa liga, Persatuan Hoki Kuala Lumpur (PHKL) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) kembali bekerjasama menganjurkan liga hoki buat setiap lapisan masyarakat terutama sekitar Lembah Klang.

Lebih menarik lagi, edisi kali ini turut mendapat sokongan dan tajaan daripada pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) dalam usaha memartabatkan sukan hoki.

Menurut Presiden PHKL, I Vikneswaran, liga sudah bermula menerusi kejohanan terbuka sejak awal bulan ini dan akan berterusan membabitkan beberapa kejohanan kategori berlainan hingga akhir 2023.

"Kejohanan ini membabitkan kategori 35 tahun ke atas, 50 tahun ke atas, 60 tahun ke atas, Liga Perdana dan Liga Wanita selain aktiviti pembangunan.

"Tahun ini ada B-14 dan B-16 Kebangsaan, KHM (Konfederasi Hoki Malaysi) sudah berikan mandat dan membawa masuk tajaan daripada TNB.

"Kementerian Belia dan Sukan Wilayah Persekutuan akan turut serta, oleh itu kami menjalankannya secara berperingkat.

"Jadi apabila kami menjalankan aktiviti selepas ini, ia boleh diadakan secara bersepadu," katanya.