Skip to main content

Hoki

Hoki: Kamarulzaman, Hairi beri impak maksima!

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

screenshot-2025-05-22-174608.png
Jurulatih hoki 5 sepasukan (5's) Johor, Nor Aqmal Abdul Gaffar, menyifatkan pengalaman dua tonggak negara, Kamarulzaman Kamaruddin dan Hairi Abdul Rahman, memberi impak positif kepada pasukan dalan saingan Kejohanan Hoki 5s Kebangsaan.

Kehebatan dua pemain itu berjaya memastikan pasukannya menjuarai saingan kumpulan, sekali gus mara ke pusingan suku akhir kejohanan yang berlangsung di Bukit Jalil.

"Mereka banyak membantu pasukan dari segi pengalaman untuk menunjuk ajar strategi bagi mengatasi pasukan lawan.

"Banyak 'set play' yang perlu dilakukan dalam saingan 5's. Saya juga menimba ilmu daripada mereka untuk membentuk strategi pasukan," katanya di Nadi Arena

Untuk rekod, Kamarulzaman selaku kapten dan Hairi yang juga penjaga gol adalah antara anggota skuad negara ketika mereka muncul naib juara Puala Dunia di Kuala Lumpur pada Februari tahun lalu.

Dalam pada itu, aksi terakhir kumpulan menyaksikan Johor mencatatkan seri 3-3 menentang pasukan Melaka dengan lawan tampil menafikan kemenangan skuad bimbingan Nor Aqmal menerusi kebangkitan di lewat permainan.

Advertisement

Must Watch Video