Tiada apa yang dikesalkan jurulatih skuad hoki wanita negara, Muhammad Dhaarma Raj Abdullah, selepas anak buahnya gagal ke peringkat separuh akhir Sukan Asia setelah tewas 1-3 kepada Jepun malam tadi, sekali gus menamatkan cabaran di tangga ketiga Kumpulan A.
Sebaliknya, China, yang meraih tujuh mata yang sama dengan Malaysia, memastikan mereka meraih tempat kedua dalam Kumpuan A dengan kelebihan jaringan.
"Ia merupakan satu kekalahan yang mengecewakan apabila tewas kepada Jepun kerana ia menutup peluang skuad negara melangkah ke separuh akhir. Tetapi China yang mencipta jaringan yang banyak ketika berdepan Hong Kong dan Taiwan," kata Dhaarma.
"Berdepan Jepun, yang tidak memiliki tekanan berdepan skuad negara kerana mereka telah memastikan slot ke separuh akhir, tenang menghadapi perlawanan ini sekaligus mengatasi kami."
Malaysia kini mengintai peluang dalam saingan kelayakan ke Sukan Olimpik Tokyo 2020 dan Dhaarma yakin saingan yang lebih sengit menanti skuad bimbingannya.
"Kami akan berdepan saingan kelayakan kedua untuk melangkah ke Sukan Olimpik. Menyedari halangan yang lebih sukar, kami perlu cuba memberikan persembahan yang terbaik," katanya.