Skip to main content

Sukan Asia

Hoki: Dhaarma akur kedudukan kelima

hokiwanita.jpg
Kecewa gagal ke separuh akhir, skuad hoki wanita negara berdepan aksi sukar dalam perlawanan penentuan tempat kelima dan keenam apabila terpaksa bertarung sehingga keringat terakhir untuk meraih kemenangan 2-0 ke atas Thailand, semalam. 

Kesan daripada kekalahan tipis ke separuh akhir benar-benar menghantui skuad hoki wanita negara tatkala mereka gagal menepati sasaran yang ditetapkan Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) buat skuad kendalian Muhammad Dhaarma Raj Abdullah itu.

"Kami sangat kecewa kerana Malaysia hampir melayakkan diri ke separuh akhir," kata Dhaarma.

Malaysia berdepan kesukaran untuk mencari tambahan jaringan ketika bertemu Thailand sehingga mencetuskan suasana gusar ke atas penguasaan lawan bagi tempoh 60 minit aksi.

"Walaupun kami hampir mencipta sejarah dalam Sukan Asia, ia telah memberikan pengajaran yang bakal diperbaiki untuk saingan akan datang."

Kekecewaan itu juga gagal memenuhi hasrat Dhaarma setelah menanti sekian lama untuk melakukan kemunculan dalam Sukan Asia.

Tiada penampilan dalam Sukan Asia ketika dia bergelar pemain dan penampilan kali pertama selaku jurulatih hanya berakhir di kedudukan kelima buat Dhaarma.

Advertisement

Must Watch Video