Skip to main content

Sukan SEA

Hoki dalam air: MUHA akur sukar kumpul dana

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

hoki-dalam-air.jpg
Timbalan Presiden Persatuan Hoki Dalam Air Malaysia (MUHA), Roshan Babu Balakrishnan, kecewa selepas tidak dibenarkan membuat kutipan derma bagi mengumpul dana RM70,000 untuk membiayai penyertaan skuad negara ke Sukan SEA Filipina, November depan.

Majlis Olimpik Malaysia (MOM) tidak membenarkan atlet atau pegawai persatuan mengutip derma atas nama Sukan SEA dan situasi itu dilihat menyukarkan usaha persatuan kerdil seperti MUHA yang bakal melakukan penampilan sulung dalam temasya itu atas tiket kategori B2.

Kategori itu bermakna persatuan perlu menampung semua kos penyertaan dan jika meraih pingat, MOM tidak akan membayar semula kos itu.

"Menjadi persatuan baru, kami tidak begitu kukuh daripada segi kewangan. Jadi, semua atlet diminta menyumbangkan sedikit wang menerusi penjualan barang dagangan serta mendapatkan tajaan korporat. Memandangkan tarikh akhir adalah 20 September depan, diharapkan kami mampu mendapatkan wang," ujar Roshan.

"Kini, kami memiliki sekitar RM20,000. Jadi, kami memerlukan sekitar RM10,000 untuk melengkapkan 50 peratus bayaran. Kami masih boleh mendapatkan wang menerusi kutipan persatuan dan dalam masa sama mendapatkan tajaan korporat.

"Membangunkan sukan baru tanpa bantuan, ia memang sukar. Kini, kami fokus kepada latihan walaupun sukar mendapatkan kemudahan. Kebanyakan atlet kami bukan sepenuh masa, namun kami cuba mewakili negara dan ia memang tidak mudah."
 

Advertisement

Must Watch Video