Skip to main content

Hoki

Hoki bakal berwajah baru

hoki-the-speedy-tigers-20223.jpg
Kurang daripada dua minggu, wajah baru skuad hoki negara akan didedahkan untuk misi utama mengembalikan reputasi The Speedy Tigers.

Difahamkan jurulatih luar negara mendominasi senarai pencalonan dengan tarikh tutupnya pada hari ini sebelum dipanggil untuk sesi temu duga.

Peranan utama ketua jurulatih untuk mempersiapkan pasukan mengekalkan Kejuaraan Piala Sultan Azlan Shah yang akan membuka tirai pada Mei depan. 

Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) turut akan mengumumkan jurulatih bagi skuad remaja negara bagi menempuh Piala Dunia Remaja akan datang.

Dua minggu ini fasa paling genting dalam menentukan masa depan dan mutu hoki negara yang kemarau penampilan dalam Sukan Olimpik sejak edisi 2000 di Sydney, Australia.

"Mereka akan mengadakan satu mesyuarat pada 20 haribulan, di mana mereka akan melihat semua yang telah memohon,mereka akan menilai dan meletakkan senarai pendek beberapa calon.

"Selepas disenaraipendek, mereka akan panggil beberapa calon jurulatih yang telah dipilih untuk mendapatkan pandangan mereka, apa yang mereka boleh lakukan dan mengapa calon tersebut adalah yang terbaik untuk dipilih. 

"Saya rasakan pada minggu pertama bulan ini kami boleh umumkan siapa yang akan dipilih sebagai jurulatih yang baru.

"Saya harap pada Ramadan nanti, " kata Presiden KHM, Datuk Seri Subahan Kamal.





 

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video